nama saintifik bagi tumbuhan Venus Fly Trap ini ialah Dionaea Muscipula..
ianya dikenali sebagai tumbuhan karnivor kerana sifatnya yang akan 'memakan' apa sahaja yang terperangkap
di dalam 'mulut' perangkapnya..ia mengumpan mangsanya dengan mengeluarkan nektar yang manis pada perangkapnya...
apabila serangga-serangga yang hinggap untuk menikmati nektar tersebut, ia akan menyentuh rerambut halus yang bertindak sebagai
deria rangsangan yang kemudiannya akan menyebabkan perangkap tersebut tertutup!
apabila mangsa telah berada di dalamnya, ia akan mengeluarkan sejenis enzim yang akan 'mencernakan' mangsa-mangsanya..
perangkap hanya akan kembali terbuka setelah beberapa hari dan menunggu mangsa yang seterusnya!