Forum Astral Projection Malaysia
Silalah Login dahulu atau Register sebagai Ahli Komuniti Astral untuk mendapatkan manfaat yang penuh dari Forum dan berkenalan serta berkomunikasi sesama Ahli Komuniti Astral..
Forum Astral Projection Malaysia
Silalah Login dahulu atau Register sebagai Ahli Komuniti Astral untuk mendapatkan manfaat yang penuh dari Forum dan berkenalan serta berkomunikasi sesama Ahli Komuniti Astral..
Forum Astral Projection Malaysia
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Selamat datang kepada semua Penjelajah Astral!
 
Astral PortalHomeSearchLatest imagesLog inRegister

 

 Adakah ini Astral?

Go down 
4 posters
AuthorMessage
ebbynasir
Ahli Komuniti Astral Baru
Ahli Komuniti Astral Baru



Posts : 9
Join date : 29/11/2010
Age : 38
Location : Gombak

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime29th November 2010, 12:49 pm

Salam..secara jujurnya, aku masih tak berjaya untuk melakukan perjalanan astral secara sengaja & aku masih lagi belajar dari Ebook yang aku beli dari website lain. Aku join sini sebab sini je la tempat aku boleh bertanya & mendptkan jawapan. Selama ini aku pernah mengalami perkara2 seperti ini :-

Kes 1 - Tahun 2003
Aku tidur di Dorm kolej waktu tengah malam tapi bangun sampai pukul 3 petang. Pada jam 3pm tu. Aku terbangun tidur aku nampak seorang kawan aku tengah main komputer, sorang lagi baca buku, dan sorang main gitar. Aku melihat & berfikir seperti keadaan sedar. Tetiba aku tertoleh tempat aku tidur. Aku nampak diri aku sedang berbaring tidur. Masa tu aku sikit cemas (pasal ingat aku dah mati) aku jerit kat kawan aku yg main gitar supaya kejutkan aku dari tidur. Tapi seolah2 dia tak nampak aku. Semua kawan aku buat dont-know je. Tetiba aku tersedar. Situasi kawan2 aku yg bermain game,main gitar, & baca buku memang sedang berlaku setelah aku tersedar dari tidur.

Kes 2 - Tahun 2009 (Tahun lepas)
Aku tidur dalam stor ofis pintu stor aku bukak sedikit bagi aircond masuk. Aku tersedar aku tak boleh bergerak, badan berat sangat. Aku pikir aku kena tindih hantu (kes ni aku selalu kena) jadi aku teruskan tidur. Bila aku tersedar aku dah ada diluar stor. Segala pergerakan aku jadi slow-motion. Badan aku ringan macam berjalan atas bulan. Aku boleh berfikir macam keadaan sedar. Apa yang aku nampak di meja Reception ada makhluk macam toyol tapi besar orang sedang duduk & senyum kat aku. Aku berjalan buat tak tau. Dalam hati aku aku cakap "ini mimpi ni".. oleh tu aku keluar dari tingkap ofis ku di tingkat 3, aku terjun ke bawah. Aku jatuh dalam keadaan perlahan & terus aku tersedar.

2 Kes ni adalah salah satu kes yg pernah aku alami. Sebenarnya ada lebih 7-8 kali kes begini yg aku alami. Hingga 1kes aku pernah berbual dgn makhluk yang menduduki dalam rumah sewa ku. Setelah aku kawin dalam tahun ni, aku tidak lagi mengalami perkara2 seperti diatas. Adakah yang aku alami ni adalah Astral Travelling?
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 92
Join date : 04/11/2010
Age : 38
Location : Negara Atas Awan

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime29th November 2010, 1:20 pm

Salam..
kepada saudara ebbynasir,
apa yang anda alami adalah Astral Projection..
namun, ianya adalah unconscious astral projection, iaitu perjalanan astral projection tanpa kawalan..
ianya berlaku secara tidak sengaja, dan mungkin sekali terjadi kerana anda mengalami perjalanan mimpi, yang mana anda SEDAR bahawa anda sedang bermimpi..
tetapi untuk keadaan ini, terma yang digunakan adalah berbeza...ianya dipanggil sebagai LUCID DREAMING..
(saya akan memperjelaskan lagi akan terma ini)

untuk situasi yang pertama, anda boleh jadi mengalami salah satu daripada perkara di bawah iaitu:

1. Unconscious Astral Projection
2. Remote Viewing Experience

untuk situasi yang kedua pula, anda mengalami situasi yang dikenali sebagai Lucid Dreaming..
Lucid Dreaming ialah keadaan di mana seseorang individu itu SEDAR BAHAWA DIA SEDANG BERMIMPI..


Back to top Go down
https://astralcommunity.forumms.net
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 92
Join date : 04/11/2010
Age : 38
Location : Negara Atas Awan

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime29th November 2010, 2:33 pm

untuk mendapat lebih kefahaman dan tips-tips AP yang berkesan, layari link di bawah:

klik di sini------->
Tips Astral Projection Yang Berkesan



Last edited by Admin on 29th November 2010, 8:07 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
https://astralcommunity.forumms.net
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 92
Join date : 04/11/2010
Age : 38
Location : Negara Atas Awan

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime29th November 2010, 2:59 pm

sebenarnya keadaan badan seperti 'ditindih' atau terasa seperti sangat berat sehingga tidak mampu untuk menggerakkan walaupun 1 jari adalah salah satu tanda bahawa anda berada di landasan yang betul (on the right track).
cuma anda perlukan teknik-teknik yang berkesan untuk memindahkan tahap kesedaran minda anda supaya berjaya melakukan AP..
badan kaku, atau terasa berat, adalah norma-norma sensasi yang biasa dirasakan tatkala anda berada pada gelombang otak yang selaras dengan alam astral..
cuma tanpa teknik yang betul, sudah tentu anda tidak dapat mengaplikasikan pelarasan gelombang otak dan situasi serta sensasi itu untuk keluar dari tubuh fizikal..
adalah disarankan untuk anda menguasai terlebih dahulu beberapa teknik yang pernah anda pelajari dari mana-mana e-book atau buku untuk memudahkan anda. atau anda boleh juga menggunakan audio 'Binaural Beats'..audio ini terlebih dahulu akan memperlahankan tune gelombang otak anda sehingga selaras dengan alam astral (astral realm) dan ketika anda sudah dapat merasakan sensasi-sensasi yang biasa sebelum terjadinya astral projection, anda perlu menggunakan teknik-teknik yang telah dipelajari tersebut..apa yang penting anda perlu memasuki fasa ketenangan yang dalam dan konsentrasi yang konsisten terhadap ketenangan adalah WAJIB..




Last edited by Admin on 29th November 2010, 8:08 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
https://astralcommunity.forumms.net
ebbynasir
Ahli Komuniti Astral Baru
Ahli Komuniti Astral Baru



Posts : 9
Join date : 29/11/2010
Age : 38
Location : Gombak

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime29th November 2010, 5:17 pm

Terima kasih admin. Ada persoalan yang ingin aku tanyakan.

Aku seorang perokok. selepas merokok, denyutan jantung akan berdegup lebih laju dari normal dan kembali pulih selepas 30 minit mengisap sebatang rokok.

1.Adakah perlu bagi denyutan jantung untuk berdegup dengan perlahan(tenang) baru astral travel menjadi?
2.Boleh aku menutup bahagian mata dengan kain atau bantal ketika memulakan astral travel?
sebab mata aku mudah terbuka sendiri apabila aku cuba untuk menenangkan diri.

Terima Kasih
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 92
Join date : 04/11/2010
Age : 38
Location : Negara Atas Awan

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime29th November 2010, 7:56 pm

ebbynasir wrote:
Terima kasih admin. Ada persoalan yang ingin aku tanyakan.

Aku seorang perokok. selepas merokok, denyutan jantung akan berdegup lebih laju dari normal dan kembali pulih selepas 30 minit mengisap sebatang rokok.

1.Adakah perlu bagi denyutan jantung untuk berdegup dengan perlahan(tenang) baru astral travel menjadi?
2.Boleh aku menutup bahagian mata dengan kain atau bantal ketika memulakan astral travel?
sebab mata aku mudah terbuka sendiri apabila aku cuba untuk menenangkan diri.

Terima Kasih


Ya..sama-sama..

Begini...AP hanya boleh dicapai apabila minda sudah berada pada level yang sama dengan Astral Realm (AR).
Gelombang otak perlu selaras dengan AR...oleh itu, jika ingin mencapai ketenangan, degupan jantung juga harus 'selaras' dengan aktiviti gelombang otak..
boleh dikatakan degupan jantung perlu perlahan, tetapi tidak semestinya begitu, kerana apabila kita berada di dalam AR, dan sedang menjalankan aktiviti yang mencemaskan, atau menakjubkan, jantung akan tetap berdegup dengan pantas..cuma kaedah untuk mencapai AP mensyaratkan ketenangan sebagai satu perkara yang WAJIB..
sila rujuk kepada kata-kata Robert Bruce iaitu :
"Ketenangan adalah perkara pertama yang perlu sebelum seseorang hendak melakukan Astral Projection..
malah boleh dikatakan tanpa ketenangan, adalah mustahil untuk seseorang itu mencapai AP
"

Untuk persoalan kedua, sekiranya dengan menutup mata menggunakan medium seperti kain atau bantal, jika ia TIDAK MENGGANGGU PROSES ketenangan progresif, maka ianya tidak ada sebarang masalah..
akan tetapi, jika ia menyebabkan perjalanan proses ketenangan terganggu dengan rasa ditekup atau sebagainya, maka adalah lebih baik cuba cara lain..
ebby boleh mencuba menggunakan audio yang dijana dengan perisian brainwave generator, sebuah perisian pintar yang menjana Binaural Beats, iaitu audio yang menyelaraskan tahap gelombang otak selaras dengan AR..dengarkan dengan menggunakan headphone atau earphone..kerana matlamat Binaural Beats ialah penggunaan kedua-dua belah telinga mendengar audio yang berbeza tune pada waktu yang sama...




Back to top Go down
https://astralcommunity.forumms.net
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 92
Join date : 04/11/2010
Age : 38
Location : Negara Atas Awan

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime29th November 2010, 8:05 pm

audio ini sangat pantas menunjukkan kesannya kepada seseorang individu..
kadangkala apabila gelombang otak sudah hampir selaras dengan AR, seseorang itu boleh/dapat mendengar dirinya sendiri sedang berdengkur!
matlamat kita sebelum mencapai AP ialah dengan MEMBIARKAN TUBUH FIZIKAL TIDUR DENGAN LENA SEDANG MINDA KEKAL TERJAGA..


Back to top Go down
https://astralcommunity.forumms.net
ebbynasir
Ahli Komuniti Astral Baru
Ahli Komuniti Astral Baru



Posts : 9
Join date : 29/11/2010
Age : 38
Location : Gombak

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime30th November 2010, 5:29 am

ok. aku paham. nanti aku dapatkan audio tu dulu dari blog ni.
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 92
Join date : 04/11/2010
Age : 38
Location : Negara Atas Awan

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime30th November 2010, 7:23 am

blog mane tu ek?
Back to top Go down
https://astralcommunity.forumms.net
ebbynasir
Ahli Komuniti Astral Baru
Ahli Komuniti Astral Baru



Posts : 9
Join date : 29/11/2010
Age : 38
Location : Gombak

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime30th November 2010, 5:45 pm

blog hang la. hahaha..kena beli ebook dulu kan? agak2 lepas berjaya guna audio tu, boleh ke aku buat AP dikemudian hari tanpa audio?
sebab kalo boleh aku tak nak terlalu bergantung pada audio sampai bila2.
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 92
Join date : 04/11/2010
Age : 38
Location : Negara Atas Awan

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime1st December 2010, 6:41 am

boleh aje..
Benda ni sebenarnya tak susah sangat..
melainkan orang tuh ade insomnia macam aku..
tu pasal la aku usaha cari audio tu..
sebab otak aku kuat menerawang dulu baru boleh tido..
ala..e-book tu sebagai panduan aje..
dekat sini la tempat nak bincangkan isi kandungan e-book tu secara ilmiah..
esok-esok kalau orang beli e-book (tak kira la e-book english ke, indon ke, melayu ke),
pastu takde tempat nak rujuk, tak guna jugak nohhh..


Back to top Go down
https://astralcommunity.forumms.net
ebbynasir
Ahli Komuniti Astral Baru
Ahli Komuniti Astral Baru



Posts : 9
Join date : 29/11/2010
Age : 38
Location : Gombak

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime1st December 2010, 9:44 am

malam tadi aku try guna audio yang kebetulan ada dlm website free download. Jadi la jugak..
bila dah tenang, satu badan aku kebas tak bleh gerak. tapi astral body aku tak mau keluar.
Puas aku push2 sampai aku tertido..hampeh...
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 92
Join date : 04/11/2010
Age : 38
Location : Negara Atas Awan

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime1st December 2010, 11:51 am

heheheh..
sebenarnya kebas tu dah kira tahap 'power' dah tuh..
patotnya dah senang sangat dah time tu...
cmni aku ajo..
time da kebas semacam satu badan ko tu,
ko kene IMAGINE badan ko ringan, dan terapung slow2 ke atas, menuju ke siling...
camtu je teknik yang paling mudah yang ko boleh aplikasikan..
kalau tak wat camtu, push la camne pon memang takkan jadi ape2 sebab takde 'rangsangan' secara
terus (direct) dari otak..
best la kalau dah boleh kuasai vibration..serius..


Back to top Go down
https://astralcommunity.forumms.net
ebbynasir
Ahli Komuniti Astral Baru
Ahli Komuniti Astral Baru



Posts : 9
Join date : 29/11/2010
Age : 38
Location : Gombak

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime1st December 2010, 4:27 pm

ohoo. thanks bro. Malam ni aku try lagi. Kalo astral body dah keluar, pastu aku merayau jauh2...
pastu alarm tido aku berbunyi aku bleh dengar ke? takut gak tetido sampai x pegi keje.
lagi satu kalo kita buat AP waktu malam, adakah dimata astral body juga pada suasana waktu malam?

Ko pernah sampai tahap Theta ke? apa beza Astral Alfa & Theta?
Adakah sebelum AP menjadi, gelombang otak harus dari Beta>Alfa>Theta baru menjadi?
adakah Alfa sudah mencukupi untuk menjadinya AP?

Banyak lak soalan aku tanya...tapi aku tengok pun aku sorang yg dok tanya..hehe
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 92
Join date : 04/11/2010
Age : 38
Location : Negara Atas Awan

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime2nd December 2010, 6:49 am

ebbynasir wrote:
ohoo. thanks bro. Malam ni aku try lagi. Kalo astral body dah keluar, pastu aku merayau jauh2...
pastu alarm tido aku berbunyi aku bleh dengar ke? takut gak tetido sampai x pegi keje.
lagi satu kalo kita buat AP waktu malam, adakah dimata astral body juga pada suasana waktu malam?

Ko pernah sampai tahap Theta ke? apa beza Astral Alfa & Theta?
Adakah sebelum AP menjadi, gelombang otak harus dari Beta>Alfa>Theta baru menjadi?
adakah Alfa sudah mencukupi untuk menjadinya AP?

Banyak lak soalan aku tanya...tapi aku tengok pun aku sorang yg dok tanya..hehe

fungsi brainwave generator tu sebenarnya untuk selaraskan gelombang otak dari beta ke theta (deep sleep)..
takde istilah astral alfa sebab alam astral terletak dalam gelombang theta..tak tau plak kot2 ko pnah terbaca kat mana2 ada astral alfa..tapi setakat pengetahuan aku yang cetek ni, memang takde la, sebab author e-book yang dasat2 macam abhishek agarwal pon hanya cakap pasal alam astral ni terbahagi kepada 3..macam mana nak sampai ke tiga-tiga tahap tu takde plak dia cerita...tapi yang pasti, tahap pertama, yang paling bawah sekali, alam astral yang paling gelap, suasana agak suram..tahap kedua, cantik sket, semua benda cantik2..tahap ketiga, alam yang lebih tinggi..wallahua'lam..aku tak pernah sampai pun..
kalau ko berada pada tahap alfa aje, astral body takkan keluar sebab tune dia belum selaras dengan alam dia..
sama macam kita la..kita berada pada alam fizikal, dalam gelombang beta...so medium untuk kita berada pada alam astral (theta) ialah astral body..so kita kena la tune dia sama dengan tempat dia nak berada, barulah boleh jadi..
sebenarnya, setiap kali nak achieve AP, memang kita kena turunkan gelombang otak sikit semi sedikit sampai la ke tahap theta..kalau kita boleh dengar la tahap theta tu, dia macam tapping yang perlahan...
kita kena tenang sikit, sikit, dari ketenangan yang sederhana, sampai la ke tahap maksima..betul2 punya dalam..time tu la keluar segala macam sensasi macam vibration, beralun, dan macam2 lagi la..

kalau buat AP pada waktu malam, suasana memang sama...buat la pada waktu mana pun, suasana pada mata kita tetap sama..CUMA, yang membezakannya, setiap benda yang kita lihat tu seolah-olah bersinar-sinar, lebih cantik, seolah-olah hidup...macam ada aura pada setiap benda even bukan makhluk hidup sekalipun..
kalau set jam alarm, bila dia berbunyi insyaAllah kita akan sedar, dah tiba masa untuk berpatah balik ke tubuh fizikal..sama macam kita tengah sedap2 bermimpi, bila alarm berbunyi je, cepat2 kita tersedar, walhal dalam mimpi tu dah macam tak nak balik dah ke alam sebenar...hahaha..

(elok la tu ko tanye bro..forum ni belom ade ramai pengikut lagi..ye la, anak2 melayu belom berminat dengan benda2 macam ni agaknya..heheheh..)



Back to top Go down
https://astralcommunity.forumms.net
lovv
Ahli Komuniti Astral Baru
Ahli Komuniti Astral Baru



Posts : 2
Join date : 22/10/2012

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: astral world   Adakah ini Astral? Icon_minitime22nd October 2012, 2:31 pm

hi...saya nak kongsi sikit. saya pernah astral. iaitu pada pagi sabtu tu saya tidur balik tapi menggunakan teknik hipnosis. deep relax bila nak tidur lawan perasaan tu kemudian relax dan deep relax lagi...bila rasa nak tidur lawan lagi perasaan tu, sampai kepala saya rasa berbunyi "ngguuunngggggg dlam kepala saya", bunyi tu kena relax baru dia kembali berbunyi, kalau lawan dia stop...jadi kena deep relax kan badan, kemudian saya terapung kaki dan tangan naik ke atas kemudiaan saya teringat bergolek, saya pun terus bergolek keluar...mulanya susah nak balance sebab saya terapung saya pegang tepi katil tuk berdiri, energy saya low dari kepala fizikal tu mula2 rasa kepala saya berlobang sebab dekat ubun2 tu rasa angin keluar masuk dan ada angin yang tebal dari kepala fizikal saya bersambung dengan saya d luar badan tu. perasaan tu memang hepy sebab berjaya astral, saya lihat badan saya berada di katil dan saya terkejut kemudian tersedut balik dalam terus bangun dan ambil hp ceritakan pada kawan. Smile
Back to top Go down
hilmi
Ahli Komuniti Astral Baru
Ahli Komuniti Astral Baru



Posts : 1
Join date : 22/01/2015

Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime22nd January 2015, 2:31 pm

woow hebat nyer..saya memang bminat bab2 ni, bab2 lucid dream, astral, telepathy..tp stakat ni cuma bleh baca dari internet jer...stiap malam saya catat mimpi2 saya..tp kalau tntang astral ni, memang bminat..tp bila trbaca dalam pnjelajahan astral tu nmpak bnda2 pelik, trus x brapa berani...tp sy tringin nk cuba.. bounce
Back to top Go down
Sponsored content





Adakah ini Astral? Empty
PostSubject: Re: Adakah ini Astral?   Adakah ini Astral? Icon_minitime

Back to top Go down
 
Adakah ini Astral?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gambar Astral Projection
» Video Astral Projection
» Perbezaan astral projection dengan lucid dream
» Tahap Alam Astral
» Koleksi Pengalaman Astral Projection

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Astral Projection Malaysia :: PERBINCANGAN ASTRAL PROJECTION :: Alam Astral-
Jump to: